Assalmu'alaikum Wr. Wb.
Hai sahabat blogger sekalian, apa khabar...?, disini kami akan berkongsi sedikit ilmu pengetahuan tentang strategi peletakan harga. Semestinya sahabat semua masih belum memahami dan tertanya-tanya apa itu strategi peletakan harga dan bagaimana cara-caranya. Rileks guys, kami akan memberikan penerangan dengan lebih detail.
1.0 PENGENALAN
Penentuan
strategi-strategi harga yang bersesuaian bagi produk-produk adalah amat
mencabar dan dinamik dalam kebanyakan firma ia dipengaruhi oleh peraturan dalam
sesetengah pasaran, persaingan global yang sengit dan pertumbuhan firma yang
perlahan kerana kemelesetan ekonimi dan inflasi.
2.0 PERANAN STRATEGI HARGA
Dalam
sesetengah syarikat, harga memainkan peranan yang sangat penting dalam strategi
pemasaran selain itu juga harga akan bersifat pasif dalam keadaan-keadaan
tertentu. Disamping itu kualiti dan ciri-ciri produk, jenis saluran pengedaran,
pengguna-pengguna akhir. Dan fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh ahli-ahli
dalam rantaian nilai kesemuanya akan membantu dalam mewujudkan julat harga yang
munasabah. Apabila sesebuah organisasi membentuk satu jaringan pengedaran baru,
pemilihan bagi saluran dan orang-orang tengah
mungkin berdasarkan kepada strategi harga. Ketika terjadinya kejatuhan
dan kemerosotan ekonomi dunia pada tahun 2000 dan 2010 menjadikan banyak
syarikat memberikan perhatian yang lebih terhadap penggunaan harga bagi
mengekalkan volume jualan, atau sekurang-kurangnya untuk melindungi saham
pasaran.
2.1 HARGA DALAM STRATEGI PEMPOSISIAN
Harga merupakan satu bahagian yang
penting dalam strategi pemposisian dan keputusan-keputusan mengenai perletakan
harga perlulah diselaraskan dengn keputusan bagi kesemua komponen-komponen
pemposisian. Kajian oleh A.T. Kearney mencadangkan bahawa berikutan kompleksiti
dalam harga yang telah dirundingkan untuk produk – produk B-2-B, diskaun
volume,terma-terma pemayran, rundingan-rundingan tempatan, pengangkutan dan
pengendalian.
2.1.1 STRATEGI PRODUK
Keputusan perletakan harga memeprlukan
analisis keatas campurn produk, strategi penjenamaan, dan kualliti serta
ciri-ciri produk. Namun begitu harga
bagi produk-produk didalam baris produk tidak semesstinya sempadan dengan kos
setiap barangan. Contonya, harga di pasaraya adalah berdasarkan strategi jumlah
campuran atau kepelbagaian. Ciri-ciri dan kualiti produk adalah mempengaruhi
strategi harga. Suatu produk yang berkualiti tinggi mendapat keuntungan dari
harga yang tinggi dan juga memuaskan keuntunan pengurusan. Contohnya, jenama
pencuci Hankel’s Purex berjaya
mendapatkan para pelanggan untuk berbelanja katas dobi mereka dengan
menambahkan helaian anti statik fabrik kepada penawaran purex. Begitu juga dengan Colgate
Palmotive yang telah melancarkan pek-pek berus gigi mini pakai buang dan
penyegar mulut Wisp, bagi memenuhi
keperluan pengguna yang tidak dipenuhi untuk “ pencucian gigi On The Go”
2.1.2 STRATEGI PENGEDARAN
Jenis saluran, keamatan pengedaran serta
konfigurasi saluran mempengaruhi keputusan peletakan harga. Fungi-fungsi yang
telah dijalankan serta motivasi orang tengah orang tengah perlu dipertimbangkan
dalam penetapan harga. Peletakan harga adalah penting apabila pengedaran
dilakukan oleh pengeluar, pengedaran yang intensif biasanya mengundang lebih
banyak peletakan harga yang kompetitive.
3.0 SITUASI – SITUASI PELETAKAN HARGA
Antara situasi – situas yang memerlukan
tindakan perletakan harga termasuklah :
1. Penentuan bagaimana untuk menentukan harga bagi sesuatu produk baharu atau
baris produk.
2. Penilaian untuk mengubahsuai harga apabila produk bergerak disepanjang
kitar hayat produk.
3. Perubahn keatas strategi pemposisian diperlukan untuk mengubahsuai strategi
peletakan harga semasa.
4. Penetapan bagaimana untuk bertindak balas terhadap tekanan daripada ancaman
yang sengit.
4.0 PERANAN – PERANAN PERLETAKAN HARGA
Harga memainkan pelbagai peranan dalam program pemasaran antaranya ialah:
Harga memainkan pelbagai peranan dalam program pemasaran antaranya ialah:
- Isyarat kepada pembeli – harga menawarkan satu kaedah komunikasi yang pantas dan secara langsung kepada para pembeli.
- Instrumen persaingan – harga menawarkan cara untuk menyerang pesaing dengan pantas dengan cara menggunakan harga yang tinggi, rendah atau setara.
- Meningakatkan prestasi kewangan – strategi peletakan harga perlulah dinilai sebagai jangkaan impak keatas prestasi kewangan firma.
- Pertimbangan program pemasaran – harga yang dikenakan adalah sebagai mengggantikan usaha penjualan, pengiklanan, dan promosi jualan.
- Meningkatkan prestasi kewangan – strategi peletakan harga perlulah dinilai
sebagai jangkaan impak keatas prestasi kewangan firma.
5.0 STRATEGI PERLETAKAN HARGA
Langkah-langkah
utama dalam memilih suatu stratrgi perletakan harga bagi sesuatu produk baru,
atau mengubahsuai strategi sedia ada adalah sebagaimana yang ditunjukan dalam
rajah 11.1 berikut :
Set Pricing Objectives
↓
Analyze The Pricing
↓
Select Pricing Strategy
↓
Determine Specific Prices and Policies
Pembentukan strategi bermula dengan
penetapan objektif-objektif perletakan harga yang akan memacu kepada pembangunan
strategi kemudian untuk menganalisa situasi perletakan harga, dengan mengambil
kira permintaan, kos, persaingan dan objektif perletakan harga.
5.0.1
Objektif-objektif
perletakan harga
biasanya lebih dari satu objektif
akan dilibatkan, dan adakalanya akan mengalami konflik dengan objektif lain.
Contohnya : objektif pertama untuk meningkatkan saham pasaran sebanyak 30% dan
objektif kedua adalah untuk mencapai suatu margin keuntungan yang tinggi, maka
pihak pengurus perlu menentukan kebolehlaksanaan kedua-dua objektif tersebut.
Antara contoh bagi objektif-objektif perletakan
harga yang sering diguna pakai :
Ø Mendapatkan
kedudukan pasaran – harga yang rendah digunakan bagi jualan dan saham pasaran.
Ø Mencapai
prestasi kewangan – menyumbang kepada keuntungan dan aliran tunai dan harga
yang tinggi tidak akan diterima pembeli.
Ø Pemposisian
produk – harga digunakan untuk meningkatkan imej produk, kegunaan produk,
mencipta kesadaran.
Ø Merangsang
permintaan – harga digunakan bagi menggalakan para pembeli untuk mencuba produk
baru.
Ø Mempengaruhi
persaingan – untuk mempengaruhi pesaing sedia ada ataupun yang berpotensi.
5.0.2
Menganalisa situasi
perletakan harga
Harga yang sistematil dan menyeluruh adalah sangat
penting dalam penilaian konsep produk baru. Terdapat beberapa factor yang
mempengaruhi perletakan harga diantaranya :
Ø Sensitiviti
harga pelanggan – salah satu cabaran dalam analisa perletakan harga ialah untuk
menganggarkan bagaimana para pembeli akan bertindak balas terhadap harga yang
berbeza.
Ø Analisa
kos – maklumat berkenaan kos adalah penting dalam membuat keputusan perletakan
harga
Ø Analisis
pesaing – setiap strategi perletakan harga pesaing perlulah dinilai bagi
menentukan (1) firma-firma manakah yang menunjukan persaingan yang saling
nyata. (2) bagaimana firma-firma yang bersaing diposisikan berdasarkan harga.
(3) sejauhmana kejayaan strategi perletakan harga setiap firma. (4) tindakbalas
dari pesaing utama terhadap alternatif strategi harga.
Ø Objektif
perletakan harga – pengurus akan memberi kesan kepada tahap fleksibiliti
perletakan harga dan perlu dimasukan sebagai bahagian akhir dalam menganalisa
situasi perletakan harga.
5.0.3
Pemilihan strategi
perletakan harga
Menyediakan maklumat yang penting
dalam memilih strategi perletakan harga yang bersesuaian. Pengurus perlu (1)
menentukan sejauh mana keanjalan perletakan harga (2) menetapkan bagaimana
untuk memposisikan harga yang relative kepada kos dan harga produk.
5.0.4
Penentuan harga dan
polisi yang spesifik
Memilih harga yang spesifik dan
membentuk polisi-polisi untuk menguruskan strategi perletakan harga. Mula-mula
kaedah-kaedah perletakan harga akan dikaji dan kemudiannya diikuti oleh
perbincangan polisi harga. Terdapat tiga kaedah utama iaitu: (1) pendekaan
berorientasikan kos (pengiraan pulangan modal dalam pulangan). (2) pendekatan
berorientasikan persaingan (melibatkan penetapan harga yang setara dengan atau
sesetengah peningkatan harga diatas atau dibawah harga pesaing). (3) pendekatan
berorientasikan permintaan (menganggarkan nilai sesuatu produk kepada pembeli
dan berapa banyak pembeli sanggup bayar untuk produk)
Thank you udah mampir, bagikan kan
BalasHapusThanks
BalasHapus